Terkenal dengan lagu Halimunan, penyanyi berumur 23 tahun, Masya Masyitah sebelum tampil dengan imej muslimah, mengenakan tudung dan menutup aurat.
Namun pada minggu ini, Masya Masyitah mengambil keputusan untuk tidak lagi memakai tudung.
Penyanyi muda ini tampil dengan penampilan baru dan telah memuatnaik beberapa foto menunjukkan dirinya sudah pun free hair.
Pelbagai reaksi telah diberikan setelah Masya tampil dengan imej baru ini.
Antara yang turut memberi pandangan ialah penerbit terkenal David Teo.
Menerusi satu hantaran di laman media sosial miliknya, David Teo telah memberi pendapat dengan menegur tindakan penyanyi berkenaan.
David Teo turut memberi nasihat agar manusia kembali semula kepada Tuhan. Ini yang ditulis oleh pemilik MIG ini.
“Ramai orang ni telah mengejar pahala di dunia, namun tidak ramai orang yang mengejar pahala untuk hari akhirat.”
“Sungguhpun iman kita ini sering berbolak-balik tetapi kita sebagai manusia haruslah kembali semula kepada Tuhan.”
“Apa yang paling penting kita semua kenalah doakan dia agar kembali mendapat hidayah ke jalan Nya.”
Teguran serta nasihat dari David Teo itu mendapat reaksi yangpositif dari warga maya.
Ramai yang bersetuju dengan David Teo.
Ada juga yang berkata nasihat itu amat baik walaupun David Teo bukanlah seorang muslim.
Ini antara respon dari warga maya.
“David Teo yang menegur, saya pun keliru siapa muslim sebenarnya ni.”
“Hormat kepada David, bukan muslim tapi telah manasihati orang yang sedia muslim. Sedih dengan seagama sendiri, terima kasih David Teo.”
“Memang malu apabila seorang yang bukan muslim telah menegur orang yang muslim. Semoga semua akan bertaubat dan kembali ke pangkal jalan.”
Terima kasih kepada David Teo atas nasihat yang diberikan. Sama-sama kita mendoakan, bukan saja kepada Masya Masyitah, tetapi kepada semua manusia di atas dunia ini agar diberi hidayah, sama-sama masuk ke syurga.