“Shuib, sampai hati tak jemput Jep”

7,072 views

Sampai hati Shuib tak jemput Jep, itulah antara komen yang ditinggalkan oleh netizen yang juga peminat kumpulan Sepahtu. 

Semalam telah terungkai mengapa Jep tidak kelihatan di majlis pernikahan di antara Shuib dan juga Watie. 

Menerusi satu siaran secara langsung, Jep menjawab soalan dari peminatnya mengapa dirinya tidak kelihatan di majlis nikah Shuib dan Watie. 

Jep yang sedang bercuti hari raya di kampung Sari Yanti, di Kuala Pilah, Negeri Sembilan, telah membuat satu sesi siaran langsung, bersama anak-anak dan anak buahnya. 

Pelawak yang juga penyampai radio Sinar ini melayan karenah anak-anak, sambil menjawab komen-komen dari para peminatnya. 

Kemudian, ada seorang individu terus saja bertanya mengapa Jep tak hadir di wedding Shuib. 

Tanpa berselindung, Jep kemudian terus saja menjawab dirinya tak dijemput ke majlis berkenaan. 

Peminat: Jep kenapa tak datang Shuib kahwin.” 

Jep jawab: Oh saya tak dijemput ke majlis tu.” 

Ini video di saat Jep menjawab soalan dari netizen itu. 

Jep tak dijemput

Jep akui tak dijemput wedding Shuib

Posted by Online on Saturday, July 1, 2023

Menjengah di ruangan komen, rata-rata para peminat kumpulan Sepahtu berpuas hati setelah akhirnya menemui jawapan dari tuan punya badan sendiri, setelah ramai sebelum ini tertanya mengapa tiada kelibat Jep di wedding Shuib dan Watie. 

Rata-rata peminat memberi pandangan mereka tentang jawapan dari Jep yang dikatakan secara direct ini. 

Antaranya tertanya mengapa sampai hati Shuib tak jemput Jep, yang merupakan kawan lama sejak mereka susah senang bersama dalam kumpulan Sepah. 

“Sampai hati Shuib tak jemput Jep.” 

“Shuib kenapa tak jemput kawan sendiri.” 

“Dah settle, direct je Jep jawab. Steady, tak payah nak meleret leret.” 

“Mohon mak Shuib pula tolong jawabkan kenapa tak jemput Jep.” 

“Ada hal dalam kelambu tu, hanya Jep dan Shuib je yang tahu.” 

Ini antara komen dari warga maya tentang hal ini. 

Diimbas kembali, pada hujung bulan Jun lepas, Shuib dah pun sah bergelar suami kepada pilihan hatinya, Watie Hanifiah. 

Di majlis hari bahagia Shuib itu, kesemua ahli Sepahtu tak kelihatan termasuklah Jep, Mamat, Pak Ya dan Rahim.