Pelakon Oktovia Manrose merupakan pelakon yanag amat dikenali di tanah air kita. Kakak kepada Aprena Manrose kini telahpun berhijrah dan kini memilih untuk memakai tudung.
Rezeki kemudian terus datang pada dirinya setelah bertemu jodoh pula bersama seorang jejaka bernama Khairul Efsan.
Setelah tiga bulan melayari bahtera rumah tangga, Oktovia kini bahagia disisi suaminya.
Oktovia yang merupakan anak kepada Iwan, mengatakan, dia amat bersyukur sebab bertemu dengan seorang suami yang amat baik orangnya, selain terima dirinya seadanya, semua baik dan sebaliknya.
“Saya tak dapat nak ungkapkan perasaan pada detik ini. Apabila saya bertemu dengan lelaki sebaik Efsan, perasaan saya memanglah tak sangka. Tidak menjangka langsung.”
“Kehidupan saya dulu dan sekarang ni memang jauh berbeza. Ternyata memang wujud sebenarnya lelaki yang baik seperti suami saya ini. Syukur sangat. Kami memang sangat-sangat bahagia sekarang ni.”
Dalam pada itu, Oktovia akui dia dan suami memilih jalan untuk mendekatkan diri pada pencipta.
“Hubungan kami memberi fokus untuk beramal ibadah dan menekankan aspek kehidupan di dunia dan juga akhirat.”
Suami kepada Oktovia iaitu Khairul Efsan merupakan bekas pemain bola sepak. Kata Efsan dia memang merasakan perjalanan hidup berumah tangga telah dipermudahkan.
“Perkahwinan kami berdua baru nak masuk tiga bulan. Memang kami ada kekurangan masing-masing namun begitu saya dan isteri saling melengkapi. Memang seronok. Hubungan ini umpama mendapat berkat.”
“Apa yang dah kami plan, semua berjalan lancar dan dipermudahkan. Rezeki juga semakin mencurah. Kami hanya nak jadi manusia normal tak ada pun keterlaluan mahu update semua di laamn media sosial.”
Tentang cahayamata, Oktovia dan suami tiada perancangan lanjut, hanya berserah saja.
“Buat masa sekarang belum ada lagi. Tentang cahaya mata ini, kami sebenarnya tak ada plan apapun. Kami pun tak menolak. Jikalau dikurniakan rezeki, kami mahu menerima zuriat.”
“Kalau menerima zuriat pun, mungkin kami tak terlalu terbuka tentangnya apatah lagi diperingkat awal. Kalau dah kuat mungkin bulan kelima atau keenam baru cerita tentangnya.”
Pasangan Oktovia Manrose dan suaminya Khairul Efsan mendirikan rumah tangga pada bulan Disember 2021. Oktovia Manrose mempunyai seorang anak lelaki, Rayyan, 11 tahun , hasil perkahwinan sebelum ini.