Suami tak pandang status ‘janda anak satu’ Oktovia Manrose

5,152 views

Pelakon terkenal yang juga kakak kepada Aprena Manrose iaitu Oktovia Manrose selamat diijabkabulkan dengan bekas pemain bola sepak iaitu Khairul Efsan.

Bercerita tentang perkenalan mereka, Efsan berkata dia mula mengenali Oktovia pada tahun 2015 setelah dikenalkan oleh ahli keluarga.

Ketika itu, mereka hanya berkawan saja dan akhirnya hubungan terputus pada tahun 2017.

“Mula kenal dia sekitar tahun 2015, menerusi kenalan ahli keluarga. Masa tu hanya kawan, menang tiada perasaan langsung, kawan biasa. Dalam tempoh itu juga, hubungan kami akhirnya terputus beberapa tahun dari 2017 sampai 2020.”

“Kini kami bertemu semula, dan berkenalan kembali, semua atas ketentuan Illahi. Selepas eenam bulan mula berkenalan, kami terus rancang untuk mendirikan rumah tangga. Syukur semuanya dipermudahkan, alhamdulillah.”

Tentang status isterinya yang merupakan seorang janda anak satu, bagi Khairul Efsan, dia tak pandang status berkenaan. Langsung tiada hal. Ini komennya seperti yang dilaporkan oleh Kosmo Online.

“Status Oktovia bukanlah unjuran. Apabila dah berkenalan, kami memang amat serasi dan terus buat keputusan mahu menghalalkan hubungan ini. Kenapa perlu tangguh perkara yang baik.”

Hubungan antara Khairul Efsan dan anak tirinya iaitu Rayyan juga amat baik. Oktovia Manrose akui hal berkenaan.

Selain itu, bagi Oktovia Manrose, dia melihat Khairul Efsan dan dirinya agak sama iaitu sedang mendalami ilmu agama dan mendekatkan diri dengan Allah, Tuhan Yang Maha Esa.

“Dia ni lebih kurang sama dengan diri saya. Sekarang ini kami dalam proses mahu mendekatkan diri kepada Allah, kami sama-sama. Sebab itu juga saya amat tertarik dengan dirinya.”

Untuk info, Oktovia Manrose merupakan kakak kepada Aprena Manrose dan merupakan sepupu kepada tiga pelakon popular iaitu Uqasha Senrose, Nelydia Senrose dan Raysha Rizrose.