“Tak payah datang kalau nak buat content”

5,544 views

Farawahida merupakan antara selebriti yang terkesan dengan banjir yang melanda apabila rumahnya dimasuki air paras yang agak tinggi.

Kini air mulai surut dan Farawahida dan keluarga sedang mengemaskan barang-barnag di rumahnya yang dapat dilihat habis berlumpur.

Namun Farawahida memberi peringatan kepada mana-mana pihak yang nak datang ke kawasan yang terkesan, agar jangan buat content semata.

Mereka yang nak buat content ini sebenarnya menyusahkan lagi kerana akan jejaskan operasi menyelamat dan sumbangan dari pihak yang betul-betul mahu membantu.

“Kalau sekadar nak tengok saja kemudian rakam video dan ambil gambar tempat banjir tak perlu datang lah. Nanti jalan jadi bertambah sesak. Contoh kawasan rumah saya di Seksyen 23 Shah Alam ini, ketika ini kami semua dalam fasa nak bersihkan lumpur dan membuang barang yang rosak.”

“Lori diperlukan untuk bawa keluar barang yang rosak sebab memang rumah tenggelam air.”

“Bukan kita mahu halang pihak sukarelawan datang tolong, namun ini sebagai peringatan kepada mereka yang nak buat content, nak tengok-tengok saja.”

Rumah Farawahida habis berlumpur dan memang bayak barang yang rosak. Dari gambar-gambar yang dimuatnaik, antara yang rosak termasuk peti ais, sofa dan perabot.

Farawahida bertedu di tingkat dua rumahnya yang mana tingkat satu air masuk sehingga paras pinggang.

“Masa air naik, saya tak sihat. Suami ada urusan di luar. Petang dia contact saya dan beritahu laluan masuk taman rumah kami air dah naik tinggi, ketika itu saya tengok parit belakang dah penuh.”

“Saya hanya kemas barangan penting saja bawa naik ke tingkat dua. Suami pulang ke rumah meredah air dan kemudian terus angkat barang-barang ke tingkat dua.”

“Sekitar jam satu pagi, air deras mula masuk dan ada barang eletrik seperti peti sejuk, ketuhar tak sempat diselamatkan. Ketika itu kami hanya mampu berdoa dan bertawakal.”

“Syukur rumah kami air tak sampai bumbung, tapi memang kesian dengan teman senasib yang habis musnah kediaman hanyut atau tenggelam sepenuhnya. Sampai ada juga kehilangan nyawa.”

Farawahida berkata ini kali pertama rumahnya dinaiki air: “Memang tidak sangka pula jadi mangsa sebab sepanjang tinggal di sini kami tiada masalah banjir.