Michael simon sepah

Siapa Michael Simon, nama yang dipetik Mamat? Ini jawapannya

677 views

Sebelum ini, pelawak Mamat Sepah ada menyebut satu nama iaitu Michael Simon dalam satu temubual yang tular baru-baru ini. 

Kata Mamat, Michael Simon merupakan individu yang mempercayai bakat kumpulan Sepah yang ketika itu hadir ke ujibakat Raja Lawak. 

Walaupun Mamat bersama Jep dan Shuib sebenarnya gagal dalam uji bakat berkenaan, Micheal Simon merupakan individu yang mahu melihat kumpulan Sepah masuk ke rancangan Raja Lawak. 

“Masa tu kami tak ada mood, sebab juri kata tak lepas, lepas tu Michael datang dia kata saya owner Raja Lawak.” 

“Saya Michael Simon, you boleh tak datang Raja Lawak.” 

Itu antara kata-kata dari Mamat tentang indivdiu yang mempercayai bakat kumpulan Sepah. 

SIAPA MICHAEL SIMON? 

Untuk yang tak tahu, Michael Simon merupakan CEO untuk syarikat penerbitan Homegrown Production. 

Michael banyak menerbitkan rancangan hiburan sepanjang career nya dalam bidang penerbitan di Malaysia bersama Homegrown. 

RANCANGAN TERBITAN MICHAEL SIMON 

“Selain Raja Lawak, Maharaja Lawak, dan Maharaja Lawak Mega, kami juga pernah terbitkan rancangan seperti Malaysian Idol, One in a Million, Senario, Sinaran Passport Kegemilangan dan juga Muzik-muzik serta Juara Lagu.” 

Itu kata-kata dari Michael Simon. 

IDEA CARI PELAWAK 

Tambah Michael lagi, kerana dia selalu terbitkan rancangan berbentuk nyanyian, timbul idea untuk buat satu rancangan baru iaitu mencari bakat pelawak. 

“Saya banyak produce rancangan nyanyian, mengapa cari penyanyi saja, baik cari bakat orang yang pandai melawak. Maka timbullah idea Raja Lawak.” 

NAMPAK BAKAT SEPAH 

Kata Michael, dia memang nampak bakat yang ada dalam kumpulan Sepah sebab itu, dia cuba sedaya upaya untuk menolak mereka ke depan. 

“Juri yang lain tu, mereka kata budak-budak ni boleh disingkirkan lah. Tapi bagi saya, mereka ni berbakat.” 

“Jadi sebagai producer saya push dorang. Saya nampak dorang ni memang bagus.” 

“Mula-mula mereka tak dipilih, bila saringan terakhir, saya terus push mereka, akhirnya tengok mereka sekarang.” 

“Bila mereka atas pentas, satu studio memang riuh, saya suka mereka punya lawak.” 

TENTANG SEPAH BERPECAH 

Ini pula komen dari Michael Simon tentang berpecahnya kumpulan Sepah. 

“Saya rasa bila berpecah boleh ada kelebihan mereka, tapi sayang yang trio original ni tak da.” 

“Mungkin satu hari nanti kalau semua ego dah terpendam, bersama semula sebagai satu kumpulan, mesti akan jadi hit.” 

Ini video penuh temubual Michael Simon. 

Itulah jawapannya siapa Michael Simon.