Tak sampai 24 jam kahwin, dah ada pihak buat Fizo Omar naik angin

37,673 views

Belum pun sampai 24 jam selepas bernikah, nampaknya pelakon Fizo Omar telah meluahkan rasa kecewa dan berang kerana ada pihak yang cuba ambil kesempatan terhadap dirinya dan juga isteri.

Ianya berkaitan dengan penggunaan nama akaun Instagram isteri Fizo Omar iaitu Fazeera Nazri.

Khabarnya sudah banyak akauan Instagram yang menggunakan nama isteri Fizo Omar itu untuk meraih pengikut yang ramai.

Pelakon berumur 36 tahun ini ada muatnaik tiga post menerusi Ig story miliknya yang mendedahkan hal ini. Jika diamati, hampir kesemua IG itu menggunakan nama Fazeera dan upload beberapa foto pernikahan mereka.

Fizo menegas, semua akaun itu bukanlah milik isterinya, dan meminta pihak yang gunakan nama isterinya supaya stop buat sedemikian.

“Ini semua bukanlah Instagram milik isteri saya. Sila berhenti untuk follow individu yang entah siapa-siapa. Kepada yang berkenaan, silalah berhenti guna nama orang lain demi kepentingan sendiri.”

Pendedahan dari Fizo ini dibuat hanya beberapa jam setelah akaun Instagram yang mengguankan nama isterinya menyebarkan gambar pernikahan mereka sejak pagi semalam.

Ramai yang tertanya mana satu akaun Instagram milik Fazeera dan akhirnya menjelaskan itu semua bukan milik dan tidak dikendalikan oleh isterinya.

Semalam, pengurus kepada Fizo Omar iaitu Mimi, telah mengesahkan pelakon ini menamatkan zaman single dengan seorang wanita dari Sarawaj yang juga seorang pramugari.

Fizo dan Fazeera bernikah di sebuah pusat penginapan yang terletak di Janda Baik, Pahang.

Majlis pernikahan mereka diadakan secara tertutup dan hanya melibatkan family kedua belah pihak saja.

Fizo ada muat naik beberapa keping gambar di hari pernikahan mereka di laman Instagram miliknya dan juga di Ig story, sekaligus mengesahkan hal berkenaan.

Sebelum ini, Fizo Omar pernah mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan terkenal, Mawar Karim dari tudung Fareeda Group.

Mereka bernikah pada tahun 2013 dan berpisah pada tahun 2019. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan seornag puteri yang diberi nama Wan Maryam, 4 tahun.