Antara selebriti yang pertama kali menyambut kedatangan hari raya Aidilfitri sebagai ibu bapa ialah pasangan selebriti terkenal Neelofa dan juga suaminya Pu Riz atau Ustaz Muhammad Haris.
Kerana ini merupakan pertama kali anaknya iaitu baby Bilal menyambut hari raya di bulan Syawal ini, dah tentu ramai yang teruja terutama ahli keluarga dan juga sanak saudara.
Kerana keterujaan, sudah tentulah baby akan menerima duit raya yang banyak, apatah lagi pula baby Bilal, semestinya anak Neelofa ini akan dapat duit raya yang banyak.
Melalui satu video, Neelofa dan Pu Riz dilihat sedang mengira duit raya anaknya itu di minggu pertama sambutan hari rata.
Setelah mengira-ngira, dilihat Neelofa dan Pu Riz mendedahkan kutipan duit hari raya untuk baby Bilal pada tahun ini ialah RM14 ribu.
Ini memang satu jumlah yang amat menakjubkan kerana jumlah nya yang amat banyak.
Dari video juga, Pu Riz ada berkata, ada yang memberi wang yang banyak kepada Bilal, sampaikan dapat seribu dirham, bukan duit ringgit saja.
PU Riz telah mengucapkan jutaan berterima kasih pada semua orang yang memberi duit raya pada anak sulung mereka itu.
“Alhamdulillah, jazakallahukhair kepada semua yang memberi duit raya buat baby Muhammad Bilal. Sampai ada juga yang memberikan sejumlah wang sebanyak 1000 Dirham. Oleh itu, Bilal punya duit raya tahun ini, hasil kutipannya sebanyak, RM14ribu dan 20 Ringgit. Lagi hebat dari kita.”
Ini video Neelofa dan Pu Riz kira duit raya Bilal.
Itulah penangan baby Neelofa dan juga Pu Riz, sampai dapat RM14 ribu, itu baru hari raya pada minggu pertama. Belum lagi puas berjalan selama sebulan nanti. Agaknay berapakah jumlahnya pula.
Untuk raya tahun ini, Neelofa dan Pu Riz mengambil pendekatan untuk tidak lagi mendedahkan wajah baby Bilal kepada umum, mereka ada muatnaik gambar raya bersama namun ditutup wajah Bilal dengan emoji.