Sambutan hari raya Aidilfitri pada tahun ini memang amatlah meriah. Ini disebabnya tiada lagi sekatan maka semua ahli keluarga dah boleh pulang ke kampung halaman masing-masing.
Adik beradik dan saudara mara serat sahabat handai dah boleh datang beraya dan melawat serta menziarahi sesame sendiri.
Oleh itu, dapatlah ramai-ramai berkumpul untuk menyambut Syawal setelah dua tahun tak dapat beraya sakan.
Hal ini turut dirasai oleh penyanyi antarabangsa iaitu Yuna Zarai. Penyanyi yang kini menetap di Los Angeles, Amerika Syarikat, telah mengambil peluang di hari raya ini untuk balik ke tanah air dan mahu menyambut hari raya bersama keluarga di Malaysia.
Ketika ramadhan yang terakhir, Yuna dan suaminya iaitu Adam Sinclair dilihat telah pun selamat sampai di Kuala Lumpur.
Yuna dan suami dilihat bergambar bersama bangunan ikon Malaysia iaitu menara berkembar KLCC.
Ketika hari raya pertama, penyanyi yang terkenal dengan lagu Dan Sebenarnya ini dilihat menyambut hari raya di Perak.
Yuna ada muatnaik foto hari raya bersama Adam Sinclair di kampungnya di Kuala Kangsar, Perak.
kedua-dua pasangan suami isteri ini memilih pakaian raya sedondon iaitu berwarna merah jambu atau pink.
Apa yang menarik perhatian ialah Yuna menjelaskan bahawa baju raya yang dia pakai itu hanya baju pinjam saja, yang mana ianya milik penyanyi terkenal iaitu Bunga Citra Lestari yang merupakan isteri kepada arwah Ashraf Sinclair.
Ini caption dari Yuna. “Eid Mubarak, salam hari lebaran dan selamat hari raya dari Malaysia. Terima kasih kepada kakak saya, BCL Sinclair (BUnga Citra Lestari) sebab beri pinjam baju ini.”
Tentang perkembang dunia seni suaranya, Yuna kini sudah release beberapa lagu dari album terbarunya, dan akan ada beberapa siri lagi yang akan dikeluarkan, kepada peminatnya, silalah dengar lagu-lagu terbaru Yuna.