Caprice rasa amat sunyi

906 views

Nama Caprice kini memang panas setelah dikaitkan isu dengan Ustaz Ebit Lew. Semuanya bermula setelah mereka terlibat dengan satu misi di bumi Gaza.

Ada yang menyokong Caprice namun lebih ramai yang menyokong Ebit Lew, lumrah sekiranya ada perbalahan, mereka masing-masing mempunyai supporter tersendiri, maklumlah kedua mereka boleh dikatakan antara ikon terkenal tanah air.

Ebit Lew sudahpun selamat menyelesaikan misi di Gaza dan kini berada di tanah air, namun Caprice masih lagi di Egypt untuk masuk ke Gaza.

Berada di negara orang seorang diri, Caprice akui dirinya kini berasa amat sunyi. Malah pada tarikh 25 Julai, sempena hari lahir ke 33 tahun, Caprice menyambutnya seorang diri di Egypt.

Caprice atau nama sebenanrya Ariz Ramli, meluahkan rasa sunyi melalui satu entry di Ig story semalam.

“Selamat malam Malaysia, tarikh 25 Julai 2021. Ini merupakan 40 hari yang amat mencabar dan tough untuk saya tempuhi sepanjang kehidupan saya.”

“Dan ini juga buat pertama kalinya saya menjalankan ibadah serta melaksanakan jhad secara sendirian di tempat orang.”

“Saya ni tak pernah merasakan perasaan sunyi seperti ini sebelum ini. Apapun saya dapat rasa diri ini amat dekat pada Tuhan sepanjang lima hari yang lalu.”

“Syukur, Alhamdulillah untuk segalanya yang berlaku, dengan keizinannya, satu hari nanti semua ini akan make sense kepada orang ramai dan juga ummah.”

Caprice juga banyak berkongsikan semua ucapan selamat hari lahir yang diterimanya dari kenalan serta para peminatnya.

Begitu banyak ucapan yang diberikan kepada Caprice pada tarikh hari lahirnya itu, dan ramai yang memberi kata-kata semangat buat Caprice agar kuatkan semangat dan menjadi lebih tabah dalam misinya itu.