Ini sebab peniaga burger tak mahu terima bantuan Neelofa

10,945 views

Kisah penjual burger yang dikenakan kompaun sebanyak RM50 ribu atas sebab langgar SOP walaupun berniaga di depan rumah, akui bahawa Neelofa ada hubunginya melalui peguamnya.

Dikatakan peguam berkenaan telefon dan mengatakan bahawa pihak Neelofa mahu memberi bantuan melangsaikan kompaun berkenaan.

Ianya disahkan oleh isteri kepada penjual burger tersebut iaitu Norlaili.

Kata Norlaili lagi, selain pihak Neelofa, penceramah yang juga pelakon iaitu Pencetus Ummah Azman turut ada call dan mahu hulurkan bantuan.

Pihak peguam Neelofa call petang semalam, dan beliau bertanya berkenaan jumlah kompaun serta cara untuk bantu selesaikannya.”

PU Azman pula dia sendiri yang contact saya, dan beliau juga menyatakan hasratnya untuk  menolong.”

Namun begitu, Norlaili memberitahu dia dan suami tak menerima sebarang sumbangan sebab masih lagi tunggu keputusan rayuan berkenaan denda berkenaan.

Sebenarnya, memang ada ramai pihak yang mahu membantu, namun buat masa sekarang, kami tak mahu terima lagi.”

Selagi belum dapat keputusan rayuan, sebenarnya kami pun tak pasti berapa jumlah yang kena bayar. Malah pihak KKM kata mungkin jumlah denda akan dikurangkan atau dikecualikan, jadi lebih baik tunggu terlebh dulu.”

Jelas Norlaili kemungkinan jika dia dan keluarga tak mampu nak bayar denda, barulah pihakny akan contact semula lawyer Neelofa untuk meminta bantuan.

Jika tidak mampu, apa salahnya kami terima pertolongan tersebut. Namun jika kompoun menjadi RM1000 tu, insyaAllah kami boleh bayar dengan usaha sendiri.”

Bercerita tentang perkembangan terkini perniagaan burger, Norlali memberitahu suaminya kini dalam keadaan trauma dan langsung tak membuka kedai burger.

Sejak kena kompaun Ahad lepas, kami dah tak berani nak berniaga lagi, masih terkejut dan tertekan. Buat masa ni, tiada kekuatan pada diri kami.”

Semoga Norlaili dan suami tabah dengan dugaan yang menimpa ini. Harapnya semua selesai dengan baik.