Isteri PU Abu buka purdah, update single mom

7,925 views

Isu buka purdah/niqab yang dilakukan oleh isteri kepada Pencetus Umah Abu Sufyan yang kini menjadi bualan para netizen.

Nama isteri pendakwah bebas ini, Hana Azra kini kian jadi buah mulut para netizen di luar sana yang tlh mempersoalkan tindakannya itu.

Menurut isteri PU Abu atau nama sebenarnya Nurhannah Azra Mohd Zakir mendakwa bahawa sindirran yang dilemparkan oleh netizen menyebabkan dia bertindak sedemikian.

Hana Azra memberitahu lagi bahawa dia sering di tekan oleh sesetengah golongan netizen menyuruh dia membuka purdah kerana dia tidak layak memakainya.

Katanya lagi, dalam agama islam tidak mewajibkan wanita untuk memaikai purdah/niqab namun niatnya untuk memakai purdah dahulu adalah ikhlas dari hatinya sendiri.

Isteri kepada PU Abu ini juga menjelaskan bahawa tujuan dia memakai purdah adalah kerana Tuhan Yang Maha Esa dan buka kerana individu lain dan mengakui bahawa dia masih belajar dan masih mentah dalam bab ini.

Namun hal demikian, dia meminta semua netizen agar mendoakan dia agar bersabar terus beristiqamah untuk menjaga aurat penampilan dirinya.

Apabila diminta untuk mengulas isu komen yang diberikan oleh para netizen dia berkata bahawa dia berterima kasih dengan komen positif mahupun negatif yang dilemparkan padanya.

Dia juga meminta maaf kepada semua netizen yang kurang senang dengan tindakan membuka purdah ini dan mengucapkan terima kasih kerana menasihati beliau.

Hana Azra yang juga seorang usahawan kosmetik juga menyatakan bahawa dia berharap agar di dapat menjadi role model yang baik kepada semua golongan wanita.

Sementara itu, ada juga yang terlihat pada profil milik wanita ini yang ada tulis sebagai single mommy. Ramai juga tertanya apa yang berlaku, dan kenapa dia tulis sedemikian.

Kedua-dua pasangan ini juga didapati dah tak follow akaun Instagram sesame sendiri. Hana turut memuat naik status di Insta Story miliknya seolah memberi bayangan keadaan dan situasi yang dihadapinya.

Apabila isu ini mula diperkatakan, nampaknya Hana Azra dah tukar semula status single mommy berkenaan. Apapun, kita doakan agar semoga semuanya baik-baik sahaja buat pasangan ini.

Share this on...