“Kawan sejati” Sanggup jaga sahabat baik di wad, sampai tukar lampin

2,013 views

Ada satu kisah yang amat menyentuh perasaan orang ramai, berkaitan seorang kawan yang sanggup jaga rakan ketika berada di hospital.

Satu video meenjadi viral telah dimuatnaik menunjukkan seorang pemuda menjaga rakan karibnya di wad di sebuah hospital.

Video ini dimuatnaik oleh wanita bernama Rosmina, adik kepada pesakit berkenaan. Adik pesakit berkenaan mengatakan abangnya itu sudahpun pergi buat selamanya.

Abang kepada Rosmina iaitu Roslim telah sakit hampir dua bulan, dan kini telahpun mengehmbuskan nafasnya yang terakhir.

Rosmina akui video yang dimuatnaik itu amat menyentuh perasaan, kerana ada rakan abangnya yang tekad menjaga abangnya, sehingga dia boleh menukar lampin.

“Ada orang hantar video tu di group keluarga saya. Sejujurnya tak tahu siapa yang rakam, mungkin ada pesakit lain dalam wad itu. Lelaki itu merupakan sahabat arwah abang, dia amat setia teman dan jaga. Satu dalam seribu. Terima kasih diucapkan.”

“Arwah abang masuk hospital awal Ramadan lepas setelah dia kena sakit jantung ketika bekerja. Semua terkejut kerana kalau ikutkan abang sihat saja. Tapi dia memang kerja berat, sebagai buruh.”

“Lepas kena sakit jantung, dia dirawat beberapa hari, dan dibenarkan pulang. Tapi keadaan tak berada elok, jadi dia selalu ulang alik ke hospital dan akhirnya pada 28 Mei, dimasukkan ke wad sebab keadaan jantung dia lemah.”

“Saya dan ada seorang lagi abang akan ulang alik hantar barang dan selesaikan urusan hospital. Kerana keadaan sekarang, waris tak boleh nak teman. Hanya datang melawat kejap saja.”

Rosmina memberitahu, arwah abang ada memaklumkan bahawa kawan baiknya akan teman semasa dia dirawat di hospital.

“Hanya satu orang saja boleh teman dan wajib kena swab test, oleh sebab sahabatnya sanggup teman, dia jadi wakil family kami.”

“Kami satu family amat terharu apabila sahabatnya, yang dipanggil Peyuh sanggup tawar diri nak jaga abang. Dulu ketika arwah abang masih sihat, dia selalu bawa Peyuh untuk sama-sama kerja.”

“Mungkin ada kebaikan arwah abang kepada Peyuh sampai dia sanggup jaga dan teman arwah abang. Bukan setakat jaga tapi tukar lampin dan macam-macam lagi. Video yang dimuatnaik ini mungkin dirakam oleh pesakit atau staff di hospital.”

“Semasa malam abang meninggal, video ini dihantar ke group keluarga kami. Memang sayu tengoknya.”

Rosmina kemudian ada cerita lagi, Peyuh sering update perkembangan melalui status whatsapp. Antaranya arwah abang pernah cakap pada Peyuh, dia dah redha, nak pergi buat selamanya.

Ada juga ketikanya, arwah abang luah rasa rindu pada anaknya, yang kini dijaga oleh bekas isterinya.

“Arwah abang pernah cakap pada Peyuh dia rindu dengan anak tunggalnya. Kami family dah bawa anak tu nak jumpa, namun tak dibenarkan masuk.”

Rosmina berkata lagi, dia muatnaik video itu sebagai pengajaran bahawa ada persahabatan yang kukuh seperti abangnya dan Peyuh.

“Video nak sampaikan mesej sahabat dan keikhlasan. Terima kasih kepada Peyuh yang jaga dan kepada semua yang doakan arwah abang saya.”