Restaurant Zara Zya Cooks dah “bungkus”, terkena buatan orang?

1,778 views

Dugaan menimpa pelakon Zara Zya, apabila sebanyak tiga kali perniagaan restoran diusahakannya telah menemui kegagalan dan terpaksa kena bungkus.

Pertamanya, Zara pernah buka kedai makan di medan selera di Melati Mall dan kemudian telah buka restaurant diberi nama Kedai Suka Makan di Mutiara Damansara.

Kali ketiga. Zara Zya ada bukan restaurant diberi nama Zara Zya Cooks di Shah Alam.

Khabarnya kedai makan Zara Zya Cooks ini menerima ujian apabila dikatakan terlibat dengan unsur mistik sekaligus memberi masalah kepada operasi kedai makan berkenaan.

Kini restaurant Zara Zya Cooks ditutup buat sementara waktu, dan Zara Zya nak cari tempat lain untuk kembali beroprasi.

“Berkenaan terkena unsur mistik dan ilmu hitam ini saya anggap hanyalah kebetulan. Saya tak nafikan wujud situasi yang mana pelanggan tak nampak restaurant itu dibuka. Ada juga customer merungut, katanya, mereka datang ke restaurant, tetapi nampak kedai macam tak beroperasi, walhal masa tu restaurant buka macam biasa.”

“Lepas tu, bayangkan, penghantaran makanan pun tak nampak restaurant ni, pada hal dah ada depan mata. Saya tak tahulah mengapa ada yang nak dengki dengan saya.”

“Memang kalau boleh minta jauh terkena macam ni. Sebelum ni pun saya ada pasang pagar kat restaurant dan juga ada buat solat hajat elak perkara yang macam ni berlaku.”

“Apapun, secara jujur, nak cakap keseluruhan kena ilmu hitam membuatkan saya tutup kedai tak juga. Sekarang ni musim pergerakkan kawalan pergerakkan, memang sukar lah nak beroperasi.”

“Kini saya sedang cari tempat baru untuk buka kedai lain. Zara Zya Cooks tidak akan ditutup buat selama-lamanya.”

Selepas kedai Zara Zya Cooks ditutup, pelakon ini kini berniaga menjual kek pisang dari rumah sahaja. Malah perniagaannya itu mendapat sambutan hangat dari para followernya sampaikan ada yang meminta mahu jadi agen jualan kek pisang Zara Zya.

Share this on...