“Tak perlu nak canang satu dunia sampai orang lain pun turn off”

22,356 views

Sambutan luar biasa ke atas filem arahan Syamsul Yusof iaitu Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan memang tak disangka-sangka. Ramai yang memuji keberanian Syamsul Yusof kali ini dengan tampil dengan genre yang berbeza iaitu kisah sejarah.

Kutipan pada dasarnya sudah mencecah sehingga RM12juta, satu pencapaian yang amat membanggakan. Akan tetapi, disebalik kejayaan ini, masih ada yang cuba nak memberi tanggapan yang tak baik.

Pelakon Nad Zainal telah melihat hal ini dan tampil memberi pendapatnya. Jelas Nad Zainal jika ada pihak yang dah tonton dan nak berkata yang tak baik tentang filem Mat Kilau ini lebih baik simpan untuk diri sendiri saja.

“Jikalau ada yang terkurang, baik simpan dalam hati atau cakap dengan pasangan korang sajalah ye. Tak perlulah sampai nak canang satu dunia bagi orang lain pun jadi turn off. Sila sokong okay.”

Kata Nad Zainal, kalau terus menerus melihat hal yang tak baik, dan bercerita tentangnya, ini boleh pengaruhi orang lain, membuatkan mereka tak mahu datang ke panggung wayang/

“Tolong teruskan sokong dengan filem tempatan. Jika ramai yang sokong, nanti akan ada banyak lagi filem seperti ini. Petanda yang bagus bila ramai turun tengok sokong Mat Kilau, tengok ada yang datang dengan berbusana tradisional.”

“Dengan sokongan kalian semua, selepas ini para penggiat filem akan lebih bersemangat nak buat filem tentang sejarah.”

“Nanti akan ada pihak funder lagi ramai. Jadi, tolonglah sokonglah. Go Malaysia go.”

Ini tulisan penuh dari Nad Zainal tentang hal ini. Jom baca.

Sehingga hari ini, filem Mat Kilau arahan Syamsul Yusof lakonan Datuk Adi Putra, Fattah Amin, Beto Kusyairi ini telah mencatat sejarah sebagai filem tempatan bergenre sejarah yang terlaris di Malaysia.