Hamdan Senario masim belum sedar diri, dalam keadaan kritikal

1,426 views

Ahli kumpulan Senario iaitu Hamdan telah ditidurkan di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru dua hari lalu. 

Hamdan dirawat dan ditidurkan kerana keadaan yang lemah akibat dari jangkitan kuman di dalam darahnya. 

Anak perempuan kepada Hamdan iaitu Nur Natasya Umairah, 20 tahun, mengesahkan hal ini. 

Jelas Natasya lagi, ayahnya itu masih lagi belum sedarkan diri dan di dalam keadaan krtikal ketika ini.  

“Sehingga kini ayah masih belum sedar dan pihak doktor memaklumkan bahawa keadaannya kritikal dan masih belum stabil.” 

Katanya lagi, Hamdan akann jalani satu ujian untuk siasatan lanjutan untuk diberikan ubat yang sesuai.  

“Yang terbaru, doktor akan buat ujian ultra bunyi bagi kenalpasti jenis kuman yang dijangkiti ayah.” 

“Apabila dah tahu jenis kuman, barulah akan dapat tahu ubat apa sesuai untuk diberikan.” 

Dalam pada itu, Natasya juga mendedahkan pihak doktor ada berkata kemungkinan ayahnya itu alami kerosakkan hati.  

“Ujian ultrasound ini juga dibuat bagi lihat keadaan hati ayah sebab doktor kata mungkin hatinya juga rosak.” 

“Prosedur ini akan dapat ketahui keseluruhan tahap kesihatan ayah termasuk jantungnya.” 

Dalam pada itu, ahli kumpulan Senario iaitu Wahid, Apek, Yasin, Azlee dan Ilya kini berada di Joho Bahru kerana ada persembahan bersama di sebuah hotel.  

Mereka juga telah hadir ke hospital untuk ketahui keadaan Hamdan. 

Azlee berkata semua anggota Senario dalam keadaan terkejut apabila mengetahui bahawa Hamdan ditidurkan. 

Apatah lagi malam sebelumnya mereka semua sempat makan bersama dan bertemu peminat.  

“Saya lihat dia ceria saja. Malam tu kami sempat makan bersama.” 

“Keesokkan paginya, saya dapat tahu dia tak sihat, jadi saya beritahu kepada ahli Senario yang lain biarlah Hamdan rehat dulu.” 

Kata Azlee mereka terkejut apabila dapat info bahawa Hamdan telah ditidurkan.  

“Kami memang rasa susah hati sebab dia ditidurkan. Apabila isterinya cakap yang keadaaan Hamdan yang kritikal kami rasa sebak sebab semalam ulang tahun Senario yang ke-27, kami semua memang amat akrab.”  

“Kalau ikutkan plan, tahun ini pun kami akan menjalani penggambaran filem Senario Legend bersama tapi itulah kalau difikirkan semula, ujian yang datang ni tanda Allah sayangkan kat kita.” 

Hamdan Senario dibawa ke hospital setelah mengadu diarrhea atau cirit birit, namun di hospital doktor mendapati pelawak berkenaan mengalami jangkitan kuman di dalam darah dan akhirnya kerana keadaan yang tak baik, Hamdan telah ditidurkan.