Kronologi kes, dan punca pelajar dipukul sehingga maut di Sabah

4,456 views

Malaysia dikejutkan dengan satu lagi kes pukul melibatkan pelajar pada Jumaat lepas. 

Seorang pelajar kolej vokasional di Sabah telah disahkan meninggal dunia setelah dipukul oleh beberapa pelajar lain. 

Mangsa yang meninggal dunia bernama Mohammad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan, 17 tahun. 

Ekoran kes tersebut, seramai 13 pelajar telah ditahan untuk membantu siasatan. 

PUNCA MANGSA DIPUKUL 

Ramai yang tertanya, apakah puncanya pelajar berkenaan dipukul sehingga maut oleh pelajar lain. 

Hasil siasatan pihak polis, mangsa berkenaan telah dituduh oleh pelajar lain bahawa dia telah mencuri wang sebanyak RM85. 

Ini kenyataan pihak polis, iaitu Ketua Polis Lahad Datu.  

“Dalam kejadian berkenaan, ada dua pelajar yang telah kehilangan wang berjumlah RM50 dan RM35, jumlahnya RM85, kemudian mangsa telah dituduh sebagai pencuri sebelum dipukul sehingga mati oleh kesemua suspek.” 

“Seramai 13 pelajar lelaki berumur antara 16 hingga 19 tahun yang disyaki terbabit dalam kes ini telah ditahan untuk bantu siasatan lanjut.” 

Jelas polis lagi, semua suspek kini ditahan reman sehingga 29 Mac.  

“Buat masa kini, polis ambil keterangan 12 saksi bebas termasuk empat warden asrama, pengawal keselamatan dan beberapa pelajar lain dari kolej itu.” 

“Polis juga rampas sebanyak 12 handphone milik para suspek.” 

“Ujian saringan awal air kencing terhadap semua suspek didapati mereka bebas dari mengambil bahan terlarang.” 

Sehingga kini, pihak berkuasa masih lagi tunggu laporan penuh dari pihak forensik, hasil bedah siasat. 

Ini penting untuk kenali punca utama atau punca utama yang telah mengambil nyawa mangsa.  

KRONOLOGI KES 

Diimbas kembali, pada hari Jumaat lalu, warden asrama telah temui seorang pelajar yang tidak sedarkan diri di atas lantai di sebuah bilik asrama. 

Warden menemui mangsa sekitar jam 650 pagi. 

Pegawai perubatan telah hadir dan mengesahkan bahawa mangsa iaitu Mohammad Nazmie Aizzat, sudah pun meninggal dunia di lokasi. 

Pengarah kolej kemudian membuat laporan dan kemudian pihak berkuasa bertindak dan kini sedang menyiasat kes berkenaan. 

Mangsa ditemukan dengan kesan lebam dan kecederaan pada tubuh badan dipercayai dipukul oleh rakan asrama di kolej tersebut. 

SPEKULASI DICAMPAK DARI TINGKAT 2 

Ada juga beberapa kisah yang tersebar di laman maya yang mengatakan kronologi kes berkenaan. 

Ini antara komen yang telah tular. 

Namun begitu, pihak polis menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi tentang kes ini.