Syamsul Yusof sah sudah menfailkan penceraian ke atas isterinya Ira Kazar.
Ianya disahkan sendiri oleh peguam yang mewakili Syamsul Yusof.
Ianya difailkan sekitar jam 2 petang di Mahkamah Gombak, Selangor.
Baca kenyataan dari pihak yang mewakili Syamsul Yusof DI SINI.
Sejak berkahwin, Ira Kazar dilihat lebih banyak mendiamkan dirinya.
Laman media sosial miliknya pun dilihat sunyi sepi tanpa sebarang update.
Namun semalam, buat pertama kalinya, Ira kembali mengemas kini laman media sosial.
Ira ada muatnaik beberapa keping foto dirinya bersama kuda.
Menjenguk ruangan komen, sehingga kini hampir 400 lebih komen telah ditulis dari orang ramai.
PUJI IRA MAKIN CANTIK
Ada pelbagai jenis komen yang ditulis, dan ternyata ramai juga yang memuji kecantikkan wanita ini.
Ini antara komen di IG Ira Kazar.
“Cantik pula tengok Ira ni, muka orang Turki.”
“Saya delivery makanan kat awak tadi, memang comel depan. Friendly orangnya.”
“Boleh nampak dia ni sebenarnya seorang yang penyayang. Sayang budak dan haiwan. Orang nampak manja.”
“Dia ni ada masalah pun tak ada nak publish satu dunia. Diam sendiri saja walaupun satu Malaysia duk kecam dia. Aku suka dia sekarang.”
“Saya rasa dia ni prettier in real life.”
“Aku ni antara yang tak pernah nak kutuk si Ira ni. Sapa yang pernah kutuk tu mesti insecure tengok dia kan.”
“Memang suka dia dari dulu, sekarang nampak bertambah cantik.”
“Jari Ira ni cantik.”
KATA-KATA SEMANGAT, DIPUJI BERDIAM
Selain itu, ada juga komen yang memberi kata-kata semangat kepada Ira ekoran berita Syamsul Yusof menfailkan penceraian terhadapnya.
“Semoga bertabah dan stay strong.”
“Dia silent org tetap kecam. Bagus dik.”
“Lebih baik kita diam. Tak macam yg lain.”
“Dia ni aku tabik, tetap diam je.”
“Dia pun tahu dia ada salah, jadi dia pun banyak berdiam.”
“Ok je dia ni tak ada nak meroyan walau diperkatakan macam-macam.”
Ada juga yang mata tajam dan sudah melihat Ira Kazar tak lagi menyarung cincin di jari.
“Nampak dah tak pakai cincin dah.”
Itulah antara komen di IG Ira Kazar setelah berita suaminya Syamsul Yusof menfailkan penceraian ke atasnya.