aisyah hijanah fail cerai alif teega

Kenyataan Aisyah Hijanah failkan penceraian terhadap Alif Teega

830 views

Pasangan influencer terkenal tanah air, suami isteri Alif Teega dan juga Aisyah Hijanah menjadi topik di kalangan masyarakat sejak semalam. 

Ini ekoran pengesahan bahawa Aisyah telah membuat permohonan atau menfailkan untuk bercerai dengan suaminya itu. 

Hal ini disahkan oleh Aisyah Hijanah sendiri dalam satu kenyataan, setelah dihubungi pihak media iaitu portal Mstar.  

Dalam kenyataan itu, Aisyah Hijanah failkan penceraian terhadap Alif Teega pada bulan Ogos. 

Wanita berumur 26 tahun ini memint semua mendoakannya kerana hal ini satu dugaan yang hebat buat dirinya.  

“Dari bulan lepas sebenarnya, bulan Ogos menfailkan cerai. Minta doakan saya kerana ujian saya amat berat.”  

Aisyah Hijanah failkan penceraian terhadap Alif Teega, 30 tahun, di Mahkamah Rendah Syariah Daerah Gombak Timur, Ampang, ibu kota Kuala Lumpur. 

Ditanya tentang apa punca permohonan berkenaan, Aisyah tidak mahu menjawab lebih lanjut.   

Namun jelasnya, semua keputusan itu tidak dipengaruhi sesiap, sebaliknya keputusan dari dirinya sendiri. 

“Saya tak mahu beri kenyataan lebih lanjut kerana hal ini sesuatu yang amat peribadi dan melibatkan orang ramai.”  

“Tak mengapa, ini kerana saya sendiri yang memang memilih jalan untuk berpisah, bukan disebabkan sesiapa.” 

Itulah jawapan dari Aisyah Hijanah

Pasangan ini berkahwin pada tahun 2017 dan mereka mempunyai tiga orang anak. 

Alif Teega mempunyai dua orang isteri setelah berkahwin seorang lagi pada tahun lalu, di negara jiran Thailand. 

Kisah mereka menjadi tular apabila ada pihak mendedahkan mereka terlibat dalam satu kes melibatkan pungutan derma. 

Kes ini telah pun disiasat oleh pihak berkuasa, malahan kedua dua Aisyah Hijanah dan juga AliffTeega ditahan pihak SPRM. 

Kronologi kes mereka baca di sini (KES SPRM)

Sehingga kini belum lagi ada sebarang kenyataan dari pihak Alif Teega tentaang permohoanan penceraian dari Aisyah itu.