Kumpulan Sepah merupakan nama yang dah pun menuju puncak dalam dunia seni, bidang lawak.
Tiga sekawan iaitu Jep, Shuib dan Mamat telh berjaya membentuk dan membawa nama Sepah sebagai kumpulan generasi baru yang berjaya menghiburkan orang ramai.
Namun begitu, Sepah kini tidak lagi bersama apabila masing-masing membawa haluan sendiri.
Umum pun dah tahu, hubungan Jep dilihat agak dingin dengan Shuib dan juga Mamat ketika ini, boleh BACA DI SINI.
Namun menerusi satu temubual oleh Mstar, apabila ditanya jikalau berlaku penyatuan semula kumpulan Sepah, Shuib berkata itu merupakan perkara yang indah buat dirinya.
Sekiranya Jep, Shuib dan Mamat kembali bersatu, Shuib akan menjadi orang yang paling gembira.
“Semua orang nak Sepah kembali bersama, semua nak lihat korang berbaik balik, adakah Sepah akan kembali?” Itu pertanyaaan yang diberikan kepada Shuib.
Ini jawapan Shuib.
“Kun faya kun. Kalau Allah cakap jadi, maka jadilah. Kalu tak jadi, maka tidaklah.”
“Semoga Allah akan beri yang terbaik.”
“Tapi jikalau satu hari nanti, jika terjadinya hal itu (bersatu kembali dengan Jep), itulah hadiah paling manis untuk hidup Shuib.”
Ketika soalan diajukan, Mamat mengakui meremang bulu romanya.
“Meremang bulu roma aku bila kau tanya solan ni. Kita bukan nak bagi harapan pada orang.”
“Tapi doakan yang baik-baik.”
Sementara itu, Shuib berkata, dia kini pun dah meningkat usia, jadi dia sudah tidak mahu ada pertelingkahan lagi.
“Saya ni dah umur 40 tahun, kita nak berkawan, dan mahu berkasih sayang. Ni mamat ni kawan saya ni, lama dah kawan, kawan dunia akhirat.”
Jelas Shuib, dia juga ada merancang untuk membuat filem tentang kumpulan Sepah.
Selain bekerjasama untuk podcast, Shuib juga akan bergabung dengan Mamat untuk terlibat dalam dunia perniagaan selepas ini.
VIDEO TEMUBUAL
Untuk temubual penuh boleh tonton video di bawah. (Soalan tentang kembali bersatu dengan Jep pada minit ke 5).
Apapun, sama-sama kita tunggu saja dan doakan agar kumpulan Sepah iaitu Jep, Shuib dan Mamat akan kembali bersatu semula.