Kini rancangan podcast memang sudah melambak, bagaikan tumbuhnya cendawan selepas hujan.
Tak kurang juga para artis dan selebriti yang turut mempunyai podcast sendiri.
Yang terbaru, pelawak Shuib turut ada menjayakan satu podcast baru bersama dua lagi selebriti iaitu Shuk Sahar dan juga penyampai radio Fizi.
Podcast ini diberi nama Dol Podcast.
Episod yang mendapat tonton paling tinggi dalam podcast kendalian Shuib ini ialah ketika kehadiran Mamat Sepah dan juga ketika Shuib mendedahkan dirinya terlibat dengan dunia gelap, dan aktiviti yang tak berfaedah.
Ekoran itu, podcast berkenaan mendapat pelbagai kritikan terutama ketika berbincang isu dan juga hal yang membuka pekung sendiri kepada umum.
Ramai yang beranggapan podcast berkenaan langsung tidak mendatangkan faedah dan memberi manfaat.
Menjawa isu ini, Shuib berkata, dia selalu saja mengambil kira setiap komen dan pendapat yang dilontarkan tentang podcast berkenaan.
Walaupun mendapat kritikan dari orang ramai, Shuib menerimanya secara terbuka, namun meminta semua orang untuk menonton secara keseluruhan podcast berkenaan sebelum memberi sebarang komen.
Jelasnya, kalau tonton dari awal sampai habis, mereka akan dapat pengajarannya.
Baca respon Shuib apabila podcast dilabel tidak berfaedah dan tak mendatangkan bermanfaat.
“Tontonlah setiap episod sampai habis agar dapat pengajarannya.”
“Orang hanya tengok atau tonton keratan video saja sampai ianya mengundang kecaman.”
“Apapun kami tetap menerimanya secara terbuka sebb itu merupakan satu proses untuk baiki kelemahan.”
“Kami jadi lebih berhati-hati selepas ini.”
“Semua orang ada buat kesilapan, sama juga macam kami yang buat content sebegini.”
“Saya nak menonjolkan kepelbagaian dalam podcast ini dengan memaparkan kisah dalam pelbagai sudut selain cuba memberikan sesuatu baru kepada para penonton.”
“Kami sajikan cerita yang benar-benar berlaku sebagai satu pengajaran dan teladan.”
Tambah Shuib lagi, bukan semua episod menerima komen yang kurang baik.
Dol Podcast ada tampilkan episod yang berilmiah namun ternyata ianya tak mendapat sambutan.
“Tidak semualah episod dapat kecaman. Ada juga episod yang kami berikan kandungan menarik dan berilmiah, akan tetapi ianya tak mendapat banyak tontonan.”
Itulah respon Shuib apabila podcast dilabel tidak berfaedah