Kekasih hati? Fathia Latiff up wajah jejaka, luah rasa rindu

4,768 views

Sejak dua menjak ini, hampir setiap hari, ada saja isu yang dibangkitkan oleh pelakon Fathia Latiff

Aktres berumur 36 tahun ini mula menjadi perhatian setelah menggelar wajah isteri kepada Aiman Hakim iaitu Zahirah Macwilson sebagai bibik. 

Sejak itu, banyak isu lain yang turut terpalit, seperti Zarina Anjoulie, Ismail Ezzani, dan juga suami Heliza Helmi. 

Kali ini ada satu lagi isu baru, iaitu tentang kekasih hati Fathia Latiff

Berkata dalam satu sesi siaran langsung, Fathia pernah berkata bahawa kekasih hatinya lagi kacak dari Aiman Hakim Ridza. 

Malah, dia pun sedang bercuti di negara Jepun bersama kekasih hatinya itu. 

Oleh itu, ramai lah yag mula bertanya, siapakah gerangan kekasih Fathia Latiff. 

Kekasih saya ada kat bilik sebelah, saya kat bilik lain.” Jawapan Fathia dalam satu live ketika ditanya tentang kekasihnya. 

Hari ini, akhirnya Fathia telah pun muatnaik satu foto jejaka di laman media sosial miliknya. 

Menerusi ruang caption, Fathia menyatakan rasa rindu kepadanya. 

Malah Fathia turut menulis satu hashtag untuk jangan merampas kekasihnya itu. 

Miss you. Jangan rampas pula macam si bibak ZZ.” Tulis Fathia. 

Ini foto tersebut. 

Gambar dari Fatiya Latiff

Untuk foto kali ini, Fathia tidak menutup ruangan komen. 

Maka ramailah yang menulis tentang foto jejaka berkenaan. 

Ada yang memuji kekacakkan jejaka berkenaan, dan ada juga yang mempersoalkan identitinya. 

Fathia juga dilihat ada memberi respon kepada komen-komen orang ramai. 

Ini antara komen dari warga maya dan juga beberapa respon Fathia. 

Sebelum ini, Fathia ada muatnaik foto bersama seorang individu yang sedang memeluknya dengan caption just married. 

Namun, Fathia Latiff tidak pernah menjelaskan tentang gambar berkenaan walaupun ditanya oleh para peminatnya ketika sesi siaran langsung.