Awal Ashaari dihentikan sebagai host Melodi, diberi notis dua minggu
Awal Ashaari mengesahkan minggu ini merupakan rakaman terakhirnya dalam rancangan Melodi TV3. Pengacara berpengalaman ini ada membuat satu kenyataan kepada umum tentang hal berkenaan pada hari Jumaat, setelah rakaman terakhir rancangan berkenaan dibuat secara virtual. Awal Ashaari telah diberi notis selama dua minggu oleh pihak TV3 dan Media Prima Berhad. “Semalam merupakan hari terakhir saya…